Tag: resipi sayur bendi goreng telur

Sayur Bendi Goreng Telur

Sayur Bendi goreng telur ni saya masak untuk juadah berbuka puasa semalam. Walaupun simple jer tapi sedap. Sesetengah orang tak suka sayur ni sebab berlendir… tapi saya ni memang berhantu dengan bendi… lebih-lebih lagi kalau dimasak macam ni!!! Fuhhhh layan tul………….

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur

10-20 biji bendi ( di potong2 menyerong )
1 biji telur
1 sudu kecil udang kering ( ditumbuk )
2 biji cili merah ( dihiris )
3 biji bawang merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( dihiris )
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam
sedikit serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan

1. Tumis bahan hiris hingga layu dan wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bendi.
3. Pecahkan telur didalam kuali yang mengandungi bendi tadi. kacau-kacaukan telur tadi hingga hancur.
4. Goreng hingga sayir bendi layu.
5. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* Semasa menggoreng bendi jangan sesekali masukkan air kerana akan menyebabkan ia berlendir.

Related Posts with Thumbnails