Tag Archives: resipi siakap masam manis

Ikan Siakap Masam Manis

Jom layan ikan siakap masam manis…. resepi saya ambil dari blog Ros. Dah puas  masak ikan sweet sour resepi sendiri, tapi kali ni nak try resepi orang lain pulak. Memang sedap masak ikan style ni…  Tq Ros!

Resepi Ikan Siakap Masam Manis ( sumber : Ros Jintan Manis )

Bahan-bahanya

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 biji bawang merah ( ros ganti dgn 1\4 biji bawang besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili manis thai ( kalau takde boleh ganti dengan sos cili maggi je)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/4 batang timun
  • 1/4 batang carrot
  • 1/2 biji tomato
  • 2  sudu kecil jus lemon
  • sedikit hirisan bawang besar
  • 1/2  inci halia saiz besar ( saya tambah )

Cara-caranya

1. Tumbuk halus atau blender halia, bawang merah dan bawang putih, kemudian potong dadu kecil timun, carrot, tomato dan bawang besar.

2. Ikan di gaul dengan garam dan serbuk kunyit, dan salut kan ikan dengan tepung jagung atau tepung katakuriko ( tepung kentang), goreng hingga masak dan permukaan ikan agak garing, ketepikan.

3. Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis cili kisar serta bahan yang telah ditumbuk tadi, biarkan naik bau dan agak garing baru masukkan jus lemon,  sos cili manis thai dan sos tomato.

4.Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali masukkan sayuran, timun, carrot, tomato dan bawang besar, masak sehingga sayuran tadi  agak layu, angkat dan curahkan di atas ikan yang siap digoreng tadi, sedia dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Related Posts with Thumbnails