Tag Archives: sambal ikan kembung

Sambal Isi Ikan Kembung

Sambal Isi Ikan kembung ┬áni saya masak masa sahur hari tu….Resepi ni timbul dari masa dulu2 banyak lebihan ikan yang tak habis dimakan…. kerana sayang nak buang saya ‘sambal’kan dia…..Ikan goreng pun sedap jika dibuat begini… Semasa sahur memang layan makan sambal ni dengan nasi panas-panas… lebih pedas lebih terangkat tau sambal ni…. Layan resepinya kat bawah jika berminat!!!

Resepi Sambal Isi Ikan Kembung

2 ekor ikan kembung bakar ( ambil isinya ) – ditumbuk
1 labu bawang besar saiz sederhana ( ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk )
10 – 15 biji cili api ( ikut kepedasan yang diingini) – ditumbuk
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit serbuk perasa ( jika suka )
2-3 sudu besar santan pekat
1 sudu makan jus limau nipis

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Kemudian masukkan isi ikan tumbuk.
3. Bila telah agak kering masukkan santan, gula, garam, jus limau dan serbuk perasa.
4. Kacau hingga agak kering barulah diangkat….
5. Bolehlah dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang lain.

Enjoy…………

Related Posts with Thumbnails