Tag Archives: sandwich daging burger

Roti Arab Inti Daging Ala Pizza

Ini kes nak menghabiskan roti arab yang tak habis2 yang tinggal 1 hari je lagi nak ekpired. Kalau malas esoknya dah tentu roti ni dah dicampak ke tong sampah sebab tak  sesiapa nak makan… tapi kebetulan saya agak rajin pada hari tu dan kreatif sikit so selamatlah roti tu…

Resepinya mudah saja… boleh guna apa saja yang ada kat peti sejuk… saya guna daging burger, keju, tomato, salad, butter, mayonis dan sos cili …

Resepi Roti Arab Inti Daging Ala Pizza

4 keping roti arab
4 keping daging burger ( potong kecil2 )
1 labu bawang besar ( yg saiz kecil – potong dadu kecil2 )
sedikit garam,
lada sulah
sedikit minyak utk menumis

Bahan topping
tomato  potong kecil2 )
keju ( boleh guna keju slice atau keju parmesan )
sos cili
mayonis
Salad

Cara Penyediaan

1. Tumis bawang besar hingga wangi kemudian masukkan daging burger yg telah dipotong2, sedikit garam serta lada sulah.
2. Masak hingga daging empuk kemudian  sesuaikan rasanya bolehlah diangkat.
3. Belah dua melintang roti arab tadi sapukan dengan sedikit butter dan hiaskan dengan bahan2 seperti daging burger yg telah dimasak tadi, buah tomato, mayonis, sos cili dan keju.
4. Bakar sebentar dalam oven ( dalam lebih kurang dalam 10 minit )
5. Bila masak bolehlah diangkat dan hiaskan dengan salad dan dihidangkan.

Ermmmm …. Layan… sapa kata roti yang dah nak ekspired tak sedap!!!!

… bakar second round!!!  tambah lagi dgn roti gardenia pulak….  sebab takut tak cukup!!!

Related Posts with Thumbnails