Tag Archives: sayur kailan goreng sedap

Kailan Goreng Dengan Fishball

salam..

Ni masakan saya yang lepas2… tapi baru sempat nak update sekarang…actually  ni sayur my fav… kailan ni biasanya orang suka masak goreng ikan masin…. atau goreng belacan!! Dua2 my fav… tapi yang ni saya masak goreng belacan campur fishball… kalau tak habis dimakan anak2 lagi saya suka sebab sayalah yang akan ratah2 sayur tu sampai habis!!!! Resepi rasanya semua orang tahu tapi  saya letak gak untuk panduan my doter yang baru nak  belajar2 nak kedapur!!

Resepi Kailan Goreng Dengan Fishball

1 ikat kailan ( kalau nak campur sayur2 lain seperti karot, kobis, cendawan pun boleh )
1/2 paket fishball ( potong2 )
3 – 4 ulas bawang putih ( ditumbuk @ diketuk )
1/2 inci belacan
sedikit sos ikan ( angggaran 1 sudu makan )
sedikit sos tiram ( anggaran 1 sudu makan )
4-6 biji cili api ( diketuk2 sikit )
garam tak perlu ( sbb sos tiram, belacan, sos ikan dah masin )

Cara penyediaan

1. Tumis bawang putih, belacan dan cili api…
2. Masukkan fishball serta batang sayur, kacau hingga rata.
3. Masukkan semua sos2 dan sedikit air…masak hingga mendidih.
4. Masukkan daun kailan tadi… gaul seketika, sesuaikan rasa dan angkat….


Related Posts with Thumbnails