Tag Archives: sayur kangkung masak belacan

Sayur Kangkung Goreng Belacan

Sayur kangkung goreng belacan ni adalah antara sayur yang paling di gemari oleh keluarga saya, lebih-lebih lagi anak perempuan saya…. Actualy anak perempuan saya susah sikit nak makan sayur, tapi kalau ada kangkung goreng belacan seleranya bertambah…. Dapatlah tengok anak saya makan banyak sikit!!!

Apa-apa pun nak ingatkan…. kalau nak masak sayur  kangkung ni harus dicuci bersih- bersih.  Semasa menyiang sayur kangkung harus di belah dua batangnya kerana  ditakuti ada lintah. Lintah ni sangat bahaya dan boleh membawa maut. Sila lihat artikel bahaya makan kangkung di sini ya….

Resepi Sayur Kangkung Goreng Belacan

1 ikat sayur kangkung ( dicuci bersih dan disiang  )
3 biji bawang merah ( ditumbuk )
2 ulas bawang putih (ditumbuk )
1 cm belacan ( ditumbuk )
1 sudu teh udang kering ( ditumbuk )
4 biji cili padi ( ditumbuk )
2 sudu makan sos tiram
minyak untuk menumis

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga  berbau harum.
2. Masukkan sos tiram bersama sedikit air.
3. Bila kuah mendidih masukkan sayur kankung.
4. Bila sayur telah layu, sesuaikan rasanya dan  bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails