Tag Archives: sayur kobis tumis air

Daging Lada Hitam Dan Sayur Kobis Bersuun Dengan Kacang Panjang

Salam you all. Puasa tak!!!. Harap you all tak de halangan nak berpuasa yerr…. Daging masak lada hitam atau daging black pepper ni lauk kami bersahur pagi tadi…. Actually nak menghabiskan stok daging yang dah lama2 tu kat peti sejuk… Lepas ni nak beli daging baru plak!!! Daging Lada hitam ni paling senang nak buat… saya masak campak-campak jerr. Ramuannya ikut je apa yang ada kat dapur… tapi lauk ni telah menambat hati ‘my prince’ hingga menjadi lauk ‘feveret’nya….tengah rajin ni!! so saya  letak resepinya….

Resepi Daging Lada Hitam Bercili

200 g daging lembu
1 labu bawang besar ( potong bulat)
6 biji cili padi ( hiris atau sebiji )
2 ulas bawang putih ( dihiris)
1/2 inci halia ( dihiris)
1 sudu makan lada hitam ( ditumbuk)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
sedikit daun ketumbar
sedikit minyak masak

Cara Penyediaan

1. Masak daging hingga kering air dalam kuali. Jika daging keras sila tambah air dan masak semula hingga empuk.
2. Jika daging sudah empuk masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng seketika.
3. Masukkan bahan2 hiris ke dalam daging tadi.
4. Masukkan lada hitam tumbuk dan sos tiram serta kicap manis.
5. Tambahkan sedikit air kemudian masukkan daun ketumbar.
6. Sesuaikan rasa dan angkat!.

Enjoy…………….

Ni pulak sayur masak tumis air kobis dengan kacang panjang bersama suhun.  Simple je… tapi layannn…..  Lebih2 lagi ‘my princess’ yang suka sangat makan sayur yang ada suun…. mula2 tu nak masak lemak.. tapi cancel sebab santan banyak kolestrol!! Makan sayur air ni lebih sehat!!!! ….. nasihat bernas dari pakar pemakanan….. sila ikuti… hahaha!!

Resepi Sayur Masak Air Kobis dengan Kacang Panjang Bersuhun

Sepotong kobis ( anggaran 1/4 biji )
3-4 batang kacang panjang ( potong kecil2 )
100 g suhun ( rendam )
3 biji bawang merah ( hiris atau tumbuk)
2 ulas bawang putih ( hiris atau tumbuk )
ikan bilis  tumbuk kasar atau udang secukupnya
garam secukupnya
sedikit serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan

1. Tumis bahan hiris atau tumbuk hingga wangi kemudian masukkan udang.
2. Masukkan air secukupnya… ikutlah banyak mana nak kuahnya… biarkan mendidih.
3. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran , suun, garam dan perasa.
4. Bila sayur layu dan masak bolehlah diangkat…

*** senang dan sedap!!!


Related Posts with Thumbnails