Tag Archives: siakap kukus ala Thai

Ikan Siakap Kukus ( Siakap Stim )

Ikan Siakap kukus saya masak untuk dinner. Hari tu ternampak resepi ni kat blog dayang, terus rasa nak try!!! Sedap sangat ikan kukus ni… kebetulan ikan siakap yang my husband beli tu pulak segar dan manis, so kami makan bertambah2 malam tadi…..

Ikan Kukus/Stim ( Sumber : Dapur Dayangjack )

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar
  • Cara-cara

    1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
    2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
    3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
    4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
    5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
    6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.


    Related Posts with Thumbnails