Tag Archives: sotong masak hitam ala chinese

Sotong Masak Hitam

Salam…

Lama betul saya tak update resepi…. buat masa sekarang ni saya tak berapa aktif ke dapur… sebab my baby sara dah pandai merangkak dan memanjat…. masa saya banyak padanya sahaja…masak pun selalu simple2 je… rasanya tak perlulah nak letak kat blog setakat ayam goreng, ikan goreng, sayur air atau sambal belacan kan…

Actually sotong masak hitam ni dulu2 ( zaman remaja ) saya kurang suka…. bila masak sotong hitam ni, mesti teringat arwah abah saya kerana ini masakan kegemarannya…. Bila menyiang sotong mesti abah saya pesan supaya jangan terlalu bersih sangat, nanti sotong tak hitam…

Saya pulak selalu buat degil buang semua dakwat sotong tu sebab tak suka sotong tu jadi hitam bila di tumis…. at last abah saya tak suruh saya lagi menyiang sotong tu…. dia suruh mak saya yg menyiang dan masak sotong tu…

Ish… teruknya saya masa tu!! bila kenang2 balik rasa nak menitik air mata saya kerana buat cam tu kat abah saya…. apalah salahnya saya ikut kehendak abah saya walaupun saya tak suka makan sotong masak hitam…. sekarang ni menyesal pun dah tak guna sebab dia dah tak ada…. semuanya tinggal kenangan yang menyedihkan buat saya….

Sebenarnya malas saya nak kenang2 balik…. tapi saya terpanggil nak tulis gak supaya menjadi pengajaran buat adik2 di luar sana supaya tak jadi seperti saya…. selagi ibu bapa kita masih hidup gembirakanlah dan bahagiakanlah hidupnya walaupun sekadar memasak kegemarannya… Amat besar ganjarannya bagi sesiapa yang ┬ámembahagiakan dan mengembirakan kedua ibu dan bapanya….

( Alamak…. air mata dah menitis kat kat keyboad laptop saya…. stop dulu!!! )

Photobucket

Berbalik pada resepi sotong ni saya dah ubah suai sepenuhnya dari bahan2 biasa yg di masak oleh ibu saya… saya masak sotong ni ala2 chinese sebab guna hanya bwg putih dan cili je…. bagi lidah saya rasanya lebih better dan sedap….. terpulanglah pada selera masing2… masak je mana2 cara ikut selera kita… sebab kita jugak yang nak makan kan!!

Resepi sotong masak hitam

1/2 kilo sotong ( siang, bersihkan dan potong sotong, jgn bersih sgt tinggalkan sikit ink nya…
4 ulas bawang putih- diketuk atau di tumbuk
8-10 biji cili api di tumbuk ( ikut selera kepedasan masing2 )
2 -3 sudu makan penuh sos tiram
1 sudu sos ikan
1 biji cili hijau/merah di hiris – jika suka, tak de pun tak pe

Cara penyediaan

1. Tumis bawang putih, cili hiris  dan cili padi hingga wangi
2. Kemudian masukkan sos tiram dan  sos ikan, kacau seketika.
3. last sekali masukkan sotong, bila sotong kecut dan masak, sesuaikan rasanya, bolehlah di hidangkan….

** masakan ni tak perlu letak garam sebab sos tiram dan sos ikan dah masin…

Senang je…. semudah ABC…

Related Posts with Thumbnails