Tag Archives: sup daging simple dan sedap

Mee Sup daging

Salam…

Rasa dah lama betul saya tak tengok blog saya ni… saya ingat nak berehat dan cuti sekejap dari berblogging ni…tapi bila dah lama tak buka blog rindu pulak…

Mee sup daging  ni hidangan semalam… saya rasa tak berselera nak makan nasi, so saya masak mee sup je… senang dan simple!! saya masak ikut apa yang ada dalam peti sejuk saya … bahan2nya pun tak banyak!! mee macam ni paling disukai oleh my doter…. sebab tak banyak sayur!! tapi saya lebihkan daging supaya lebih sedap…

Jom… layan resepi..

Resepi Mee Sup Daging

Mee kuning secukupnya – di celur
taugeh
daun bawang
daun sup
bawang goreng

Untuk kuah sup

500 g daging + tulang2 lembu
1 sudu besar lada putih – dikisar
4 biji bawang merah- dikisar
1 labu bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih -dikisar
1 1/2  inci halia – di kisar
rempah 3 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
Air untuk kuah secukupnya
garam
serbuk perasa

Sambal kicap

Cara penyediaan

1. Rebus tulang2 lembu bersama daging hingga empuk.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
3. Kemudian curahkan bahan tumis bersama minyak2nya kedalam rebusan daging tadi…
4. Masak lagi hingga mendidih dan sesuaikan rasa.
5. Hidangkan mee kuning bersama kuah sup, taugeh, hirisan daging, daun bawang, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap.


Related Posts with Thumbnails