Tag Archives: Sup Sayur-sayuran

Sup Sayur-sayuran

Salam….

Hari ni rasa macam tak berselera makan…. so saya masak sup sayur untuk hidangan tengahari…. kat rumah saya ni kalau salah seorang  tak berselera makan, saya akan masak kan sup… tak kiralah sup apa pun!! Specialnya sup ni memang boleh membangkitkan selera makan. Makan dengan nasi sampai banjir lepas tu taruh cili kicap atau sambal kicap!! Makan sampai berpeluh2!!

Resepi Sup sayur

200 g daging ( potong kecil2 )
Sepotong kobis ( dipotong kecil2 )
1/2 potong karot ( potong memanjang atau nipis )
1 paket cendawan tiram
sawi ( di potong )
daun sup ( untuk hiasan )
1/2 biji bawang besar ( dipotong kecil2 dan ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1 hiris halia ( ditumbuk )
2 suduteh lada putih ( ditumbuk )

Cara penyediaaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan daging.
2. Masukkan air untuk kuah secukupnya… Masak hingga daging empuk.
3. Bila daging telah empuk masukkan sayur2an
4. Sesuaikan rasanya bolehlah diangkat
5. Bolehlah dihidangkan dengan nasi dan sambal kicap.


Sup Sayur-sayuran Berdaging

Salam semua… Sup sayur ni adalah juadah kami semasa berbuka puasa semalam… tapi baru berkesempatan nak entri… Sekarang ni agak buzy sikit dengan tugas harian!!!  My princess nak ambil UPSR tahun ni… saya kenalah tumpu lebih sikit padanya……

Actually ni adalah sup daging je… tetapi saya  tambah banyak sayur-sayuran di dalamnya agar ia lebih berkhasiat!! Entah nape, tekak saya ni nak makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan je bulan puasa ni…. Sup sayur ni sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal kicap!! Layan………….

Resepi Sayur- sayuran berdaging

200-400 g daging lembu ( terpulanglah byk mana suka… lebih byk daging lebih sedap )
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan lada putih
1 inci halia
sepotong kobis
kobis bunga
3 biji kentang ( di kopek dan potong dadu )
1 potong karot ( di potong bulat atau memanjang )
2 paket cendawan tiram
1 paket kecil suhun ( direndam )
setangkai sawi ( di potong )
Daun sup
daun bawang
bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit perasa jika suka ( saya guna 1 sudu makan stok ayam maggie dalam botol )

Cara Penyediaan

1. Tumbuk lada putih, bawang putih, halia, bawang merah hingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk dalam periuk hingga berbau harum.
3. Masukkan daging  dan kentang kemudian masak hingga daging kecut.
4. Kemudian masuk air separuh atau 3/4 periuk, terpulanglah banyak mana kuah yang anda diingini.
5. Masaklah hingga kuah mendidih dan daging empuk.
6. Setelah daging empuk bolehlah masukkan sayur-sayuran dan suhun.
7. Sesuaikan rasa bulehlah diangkat.

Juadah sampingan lain adalah agar-agar pandan, kuih tepung bungkus, dan buah epal….. Air  untuk berbuka puasa pula adalah air soya cincau….. Alhamdulillah semuanya selamat!!!

Sup Sayur-sayuran Dengan Cendawan dan Udang

Sekarang ni tiba turn saya cukup malas nak memasak…. akibatnya saya akan memasak masakan sehabis mudah untuk keluarga. Namun saya akan pastikan anak-anak saya mesti mengambil sayur dan protein untuk tubuh badannya.

Kali ni saya memasak sup sayur cendawan dengan udang. Oleh kerana stok daging dalam peti sejuk sudah habis, saya gantikan dengan udang. Namun tidak meletakkan dengan banyak kerana kandungan kolestrolnya yang tinggi. Saya memperbanyakkan sayur seperti cendawan, kobis dan karot.

Saya sudah siap memasak nasi, sup sayur cendawan pun sudah siap….. so bolehlah saya buat kerja lain………

Resepi  Sup Sayur-sayuran dengan cendawan dan udang

10-12 ekor udang
2 paket cendawan tiram ( saya guna cendawan bulat dan di potong nipis2)
1/4 potong kobis bulat ( di potong kecil2 )
1/4 potong kobis bunga ( di potong Kecil ikut pokoknya)
1 biji karot ( potong memanjang dan kecil2 )
1 labu kecil bawang besar ( di tumbuk atau dihiris)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 kiub ayam
garam
daun sup/ daun bawang/ bawang goreng ( untuk tabur )

Cara membuatnya

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan air dan kiub ayam secukupnya.
2. Sesuaikan rasanya dengan garam, kemudian masukan sayur yang keras dahulu seperti karot, kobis bunga dan kobis.
3. Bila air sup telah mendidih baru masukkan udang dan cendawan. Kacau sebentar dan angkat.
4. Hidangkan dengan bahan tabur seperti daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
5. Sedap di makan dengan nasi, kicap dan cili potong.

Selamat mencuba!


Related Posts with Thumbnails