Tag Archives: Western Food

Spegeti Seafood


Salam ramadan…
Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung ramadan kan…. Cepat betul masa berlalu!! Saya dah mula menggelabah ni sebab lum banyak wat biskut raya …. tapi apa-apa pun hidangan untuk berbuka puasa mesti disediakan!!!. lepas tu baru fikir nak buat biskut raya.

Saya masak spegeti seafood ni masa berbuka puasa semalam.  Actually banyak cara nak masak spegeti…. tapi saya try cara yang ni dulu…. Sebab ia mudah dan senang nak buat, cara nya macam nak buat salad je…. resepi dan idea dari Satuday Cook, AFC tetapi sudah diubahsuai ikut kesesuaian dan bahan yang ada kat dapur saya….. sesiapa yang nak mencuba wat spegetti ni, saya letak resepinya … boleh gak ubah suai resepi ni ikut citarasa korang…

Resepi Spegeti seafood

1 peket spegeti ( rebus hingga lembut dan angkat )
6 ulas bawang putih
6 biji cili merah di buang biji
2-4 biji cili padi ( Jika suka lebih pedas… resepi asal tak taruh )
2 biji tomato di potong 2 @ 4 ( guna tomato cherry boleh jugak!!)
8-10 ekor udang sederhana
3-4 ekor sotong  ( dipotong )
1/2 cawan minyak zaitun
6 biji limau kasturi ( ambil jusnya )
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa ( optional )
daun bawang
daun ketumbar

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali
2. Goreng sebentar seafood bersama lada sulah dan sedikit garam. Kemudian angkat.
3. Goreng pula bawang putih dan cili merah, cili padi serta tomato hingga layu dan sedikit kekemasan.
4. Kisar bawng putih goreng, cili merah, cili padi, buah tomato yang telah di goreng tadi bersama minyak-minyaknya, gula, garam, perasa, jus limau. Kisar hingga lumat dan sesuaikan rasa terlebih dahulu.
5. Jika rasanya telah cukup, tuangkan sos tadi ke dalam spegetti. Kacau hingga rata. Boleh masukkan minyak zaitun lagi jika perlu.
6. gaulkan dengan daun bawang, daun ketumbar serta seafood tadi bersama spegetti hingga rata. Kemudian boleh di hidangkan.

Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang )

Bila saje berbelanja barang dapur di kedai runcit tempat biasa, saya tergerak hati nak singgah di Perfect Fresh & Frozen. Nampak daging steak je teringin pulak tekak saya nak makan grilled steak.  Anak saya pun memang sukakan western food. Sudah tentu saya dapat menjimatkan kos jika saya membuatnya sendiri berbanding jika makan diluar. Cara nak membuatnya juga taklah susah, bahkan dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga kerana kami membuatnya bersama- sama.

Anyway saya sangat suka makan steak dengan mashed potato  berbanding dengan kentang goreng. Tapi terpulanglah pada selera masing-masing. Kalau nak resepi mashed potato ada di sini. Manakala kalau nak resepi coleslaw pula resepi lengkapnya pula ada disini.  Bahan-bahan untuk membuat coleslaw boleh di tukar-tukar. Untuk kali ini saya cuma menggunakan karot yang diparut kemudian saya campurkan dengan mayonis dan sedikit sour cream. Untuk resepi grilled steak  dan sos lada di hitam saya sertakan di bawah……

Resepi Grilled Steak

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Selamat mencuba!!!


Lamb Chop Dengan Coleslaw Dan Mashed Potato

Hari ini kami panggang lamb lagi….  Anak-anak memang suka dengan western food….Main order je bila teringin!!… so mama dialah yang menyinsing lengan baju memarinate daging lamb, membuat sos lamb chop, merebus kentang untuk membuat kentang putar dan memotong sayur kobis untuk membuat coleslaw…

Biasanya saya memerap daging lamb ni semalaman. … biar rempahnya meresap sebati ke dalam daging. Rempah perap terpulang kepada anda. Untuk kali ini saya guna lada hitam, sos tiram, sos tomato dan bawang putih . Resepinya seperti di bawah

Resepi Sos Perap untuk Lamb

4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

Sementara memerap daging boleh siapkan kentang putar atau mashed potato. Resepinya boleh didapati di sini. Resepi asalnya saya cedok  dari rancangan Naked chef ( Jamie Oliver) tapi saya ubah suai sikit kesuaian.

Resepi Coleslaw

Bahannya

1/2  biji kubis ( saiz kecil )- saya guna kobis warna ungu.
1/2 biji lobak merah ( option tapi untuk kali ni saya tak guna)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar ( option)

Cara penyediaan

1.  Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.

Last sekali boleh sediakan untuk sos lamb chop!.

Resepi Sos Lada hitam untuk Lamb Chop

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Kentang putar dah siap, sos lamb chop dah siap, coleslaw pun dah siap…. tunggu apa lagi… grilllah daging lamb hingga masak. Kemudian hidangkanlah panas–panas dengan bahan-bahan  yang telah disiapkan tadi. Selamat memasak Lamb Chop!!


Related Posts with Thumbnails